Pengenalan

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang dahulunya dikenali dengan nama Ikatan Siswazah Muslim Malaysia merupakan satu badan NGO yang bergerak aktif berperanan di tengah-tengah masyarakat untuk mengurangkan gejala-gejala sosial di kalangan remaja mahupun golongan dewasa. Program-program yang dilaksanakan menjurus kepada penghayatan kehidupan beragama dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian. Dengan misi untuk memberi kesan di dalam masyarakat melalui program-program yang dilaksanakan, ISMA akan bersungguh-sunguh dalam mencapai matlamat penubuhannya apatah lagi ISMA mempunyai ahli-ahli yang konsisten di dalam melaksanakan usaha-usaha untuk membawa perubahan di dalam masyarakat.

Sebagai ahli-ahli ISMA diluar negara, ISMA US & Canada bertekad untuk menggalas misi dan visi ISMA dalam melahirkan generasi harapan bangsa dan negara. ISMA ingin menyuarakan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap program-program pembinaan insan yang berpaksikan Islam demi melahirkan generasi yang bukan sahaja tinggi penguasaan ilmunya, malah terjelma pada generasi ini budaya kehidupan yang bersih dan sihat. Visi dan misi ISMA US & Canada digariskan sedemikian agar generasi hari ini menjadi aset penting ummah dan menjadi nadi penggerak kepada pembinaan negara yang bertunjangkan kepada Islam dan keadilan sejagat.

Dalam konteks kehidupan hari ini yang didominasi perubahan cara hidup, kaedah pemikiran dan cabaran-cabaran global, generasi muslim hari ini perlu memiliki ciri-ciri keunggulan daripada segi keperibadian, kemahiran, penguasaan ilmu dan juga teknologi. Perubahan dan evolusi kehidupan yang semakin mencabar hari ini memerlukan generasi yang bersedia untuk memikul harapan bangsa dan negara dalam membawa cabaran negara di hari mendatang.

ISMA US & Canada merupakan sebuah persatuan mahasiswa yang berdaftar di bawah Education Malaysia Washington DC semenjak tahun 2014. Ahli-ahli ISMA US & Canada juga ingin melahirkan kesediaan untuk berganding bahu bersama dengan pihak Kedutaan Malaysia, Education Malaysia – EM, pertubuhan-pertubuhan pelajar dan pertubuhan kemasyarakatan di US dan Kanada dalam usaha untuk merealisasikan misi kita bersama.

Visi

Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di US dan Kanada yang holistik dengan berteraskan Islam sebagai cara hidup.

Misi

ISMA-USC menjadi sebuah persatuan pelajar contoh di US dan Kanada yang mempelopori amal Islami, memimpin pandangan umum, tempat rujukan yang diterima dan mendapat kepercayaan masyarakat Islam Malaysia di US dan Kanada.

Jawatankuasa Cawangan ISMA US & Canada

Pengerusi: IQBAL HAKIM
Timb. Pengerusi: AMIRUL AZLEY

Ketua Biro Tarbiyyah: YUSRI JAMAL
Timb. Ketua Biro Tarbiyyah: WIDAD AB QAIS

Ketua Biro Dakwah: AMIRUL AZLEY
Timb. Ketua Biro Dakwah: NIK HIDAYAH

Ketua Jabatan Setiausaha:  FATHI ZAHARI
Timb. Ketua Jabatan Setiausaha: AMNI AZHAR

Ketua Biro Media: HELMI ZULKIFLI
Timb. Ketua Biro Media: FARAH HASAN

Ketua Wanita: BASYIRAH ZUL
Timb. Ketua Wanita: HANIS ISA

Lagu Rasmi ISMA

Play Video

Pencipta : Nazrey Johari
Lirik : Nazrey Johari/ JKP ISMA

Berlandaskan al-Quran dan sunnah
Kita bersatu berukhuwwah di ISMA
Dengan keikhlasan dan kejujuran
Mari bekerja, berjuang dan berjihad

Bukan mengejar pangkat dan harta
Bukan mencari wang dan kekayaan
Demi berkhidmat kepada bangsa
Untuk mendapat redha Illahi

Teman di ISMA kita jadikan
Saudara sahabat yang sejati
Bersatu teguh dan istiqamah
Miliki sifat mukmin mulia

Allah Allah Allah
Allah Allah Allahu akbar

Bertolong bantu kerana Allah
Contohi peribadi rasul
Berjuanglah…bersama ISMA
Untuk agama, negara dan bangsa

Bersama ISMA kita berjihad
Ikuti sunnah Rasul

Berjuanglah… berkorbanlah…
Moga amal diterima Allah
Dalam Ikatan Muslimin Malaysia