Aktiviti Komuniti

Senarai Aktiviti

Tahun 2018

Kahfi Night & Friday Night Tazkirah

Tarikh: Khamis setiap bulan
Lokasi: Michigan State University, Penn State University, Purdue University, University of Minnesota

Program lokaliti di MSU yang mengumpulkan mahasiswa lelaki dan perempuan untuk memberi perkongsian rohani sekali dalam sebulan. Tujuan program ini dilakukan untuk menekankan kepentingan komuniti dan biah solehah walaupun telah sibuk selama seminggu. Program ini dilakukan secara berasingan. Mahasiswa dijamu makanan usai perkongsian sebagai satu wadah untuk menarik minat mereka untuk hadiri ke program.

ZINE (Edisi Pertama: November 2018)

Tarikh: Minggu pertama setiap bulan
Lokasi: Online

Satu usaha ISMA USC untuk mengeluarkan majalah bulanan ringkas yang menampilkan aktiviti-aktiviti menarik yang dianjurkan oleh ISMA USC. Majalah bulanan ini juga mempunyai tema bulanan yang melampirkan nukilan-nukilan aktivis ISMA USC.

SOUL Talk: What’s up with your monthly cycle?

Tarikh: 2 Februari 2018
Lokasi: Online

SOUL Talk adalah sebuah program perkongsian atas talian yang akan membawa topik-topik perbincangan umum atau topik-topik khusus untuk wanita. Kali ini SOUL Talk yang bertajuk “What’s up with your monthly cycle?” membincangkan persoalan-persoalan berkaitan kitaran haid dan kesihatan wanita.

Kafilah Dakwah: World Hijab Day

Tarikh: 10 Februari 2018
Lokasi: Michigan State University, Penn State University

Bersempena World Hijab Day, Biro Wanita telah mengeluarkan flyers yang menerangkan tentang pengertian hijab serta cara-cara mengenakan hijab yang betul dan menepati syarak. Flyers tersebut kemudian diedarkan kepada pelajar-pelajar wanita.

Kempen "Mind Your Gap"

Tarikh: 12 Feb – 23 Mac 2018
Lokasi: Online

Kempen anjuran ISMA USC yang mengajak mahasiswa di US dan Canada untuk mementingkan ikhtilat, iaitu tatacara pergaulan antara lelaki dengan perempuan dari pelbagai aspek seperti melancong, urusan pekerjaan dan sebagainya.

Daurah Sisters

Tarikh: 4-7 Mac 2018
Lokasi: Pennsylvania

Sebuah program daurah telah diadakan di Penn State University. Biro Wanita turut menjemput seorang murabbi dari Malaysia untuk memberi pengisian sepanjang program. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhuwwah sesama pelajar wanita di samping menimba ilmu sambil mengembara. 

SOUL Talk: Habits of a Successful People

Tarikh: 10 April 2018
Lokasi: Online

Siri kali ini membawa tajuk “Habits of a successful people” yang membincangkan tentang gaya hidup orang-orang yang berjaya. Penceramah mengadakan perkongsian tentang cara-cara untuk menetapkan matlamat dalam hidup dan bagaimana untuk melaksanakannya.

Kafilah Dakwah Bersempena Final Exam

Tarikh: April 2018
Lokasi: Michigan State University

Bersempena peperiksaan akhir semester, Biro Wanita mengedarkan beberapa kad yang mengandungi kata-kata semangat kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.

Indahnya Tadarus

Tarikh: Mei 2018
Lokasi: Michigan State University, Penn State University, Purdue University

Program lokaliti yang menggalakkan mahasiswa yang berpuasa di US dan Canada untuk menyemarakkan amalan mulia membaca Al-Quran di bulan Ramadan. Quiz trivia juga ada diadakan berkenaan surah-surah yang dibacakan sepanjang tadarus.

Deco Ramadhan

Tarikh: Mei 2018
Lokasi: Online

Satu pertandingan menghias ruangan rumah mengikut tema yang ditetapkan. Pertandingan ini bertujuan menyemai nilai menyambut ketibaan ramadan sebagai satu bulan yang mulia dalam Islam.

Islamic Thought Series (ITS)

Tarikh: 6 & 20 Oktober 2018 Lokasi: Michigan State University Satu program temu bual online yang membincangkan tentang isu-isu semasa dengan tujuan menjelaskan kekaburan dalam masyarakat. Program interaktif ini membolehkan penonton boleh menanyakan soalan selepas sesi temu bual antara moderator dan penceramah. Penceramah jemputan ini dibawa dari US, UK mahupun di Malaysia.

Hadith Open Mic Night

Tarikh: 2 November 2018
Lokasi: Michigan State University

Sebuah program yang mengumpulkan pelajar-pelajar wanita untuk membincangkan persoalan-persoalan yang berkaitan wanita dan Islam. Peserta yang menyertai program juga sangat digalakkan untuk menyertai perbincangan secara aktif dengan mengutarakan soalan dan pendapat mereka.

Small Gift Project

Tarikh: 8 Disember 2018
Lokasi: Michigan State University dan Purdue University

​Bersempena peperiksaan akhir semester, Biro Wanita telah menyediakan dan mengedarkan small gifts kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester.

Solat Hajat / Study n Chill

Tarikh: 8 Disember 2018
Lokasi: Michigan State University

​ISMA USC menyediakan satu bilik khas berasingan untuk pelajar lelaki dan perempuan bersama-sama menyiapkan diri untuk menghadapi final exam pada sebelah siang. Pada waktu malam, sesi solat hajat dan tazkirah kerohanian turut diadakan. Makanan dan kudapan juga disediakan kepada semua pelajar yang hadir.​