Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Career Chat Memberi Persiapan Pascagraduasi di Michigan State University

Disediakan oleh: Nik Nurulhidayah Nik Zainal Alam

Career chat berlangsung pada November 11, 2019 bertempat di East Lansing Public Library pada pukul 12.30PM hingga 4.30PM. Career chat bertujuan untuk membantu bakal graduan dari Michigan State University tentang hala tuju dan masa hadapan setelah tamatnya pengajian. Seramai hampir 40 orang mahasiswa dan mahasiswi menyertai program Career Chat ini.

Career Chat dimulakan dengan ‘resume critique’ oleh barisan panelis yang berpengalaman sambil menikmati juadah makanan tengah hari. 

Kemudian sesi pertama berlangsung dengan tema ‘Becoming a Competitive Candidate’ yang disampaikan oleh Saudara Yusri Jamal berkaitan tentang pembinaan resume. Manakala Saudara Farish Jazlan, bakal pelajar PhD di Michigan State University menerangkan tentang LinkedIn yang secara ringkasnya berfungsi sebagai online resume.

Sesi kedua diteruskan dengan forum bertajuk ‘Path after Undergraduate’. Soalan daripada forum ini dikumpul daripada peserta-peserta Career Chat. Barisan panelis terdiri daripada Saudari Nurul Hawa Ahmad; pelajar PhD dalam bidang Food Science di MSU, Saudara Amsyar Jafri; IMG Resident di bawah American Medical Association, Saudari Salina Ramli pelajar PhD dalam bidang Civil Engineering di MSU dan akhir sekali Saudara Nazrul Aizad; graduan UTM dalam Structural Engineering.

Melalui Career Chat ini, mahasiswa dan mahasiswi dari MSU telah mendapat banyak maklumat yang berguna di masa hadapan. Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada barisan panelis yang sudi berkongsi segala ilmu yang mereka perolehi.

#YouthActivISMA
#MembinaMahasiswaBeragenda

Career Chat Memberi Persiapan Pascagraduasi di Michigan State University

Artikel

Istiqamah

Oleh: Hussni Zakir Sering kali apabila kita mendengar perkataan istiqamah kita terfikir konsep pengulangan sebuah amal. Ini sebenarnya sebuah tanggapan salah dan Insyaallah dalam artikel ini saya akan membawa perspektif

Baca selanjutnya »

Maulidur Rasul dan Hari Kiamat

Oleh: Nik Nurulhidayah Nik Zainal Alam Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan

Baca selanjutnya »

Aktiviti Komuniti

Ikuti Tauladan Rasulullah SAW

Purdue University, West Lafayette – Aktivis ISMA USC, Yusuf Yaacob telah menyampaikan khutbah di Masjid lokaliti bertajuk “Memilih Contoh Tauladan”.  Khatib membuka khutbah dengan mengingatkan tentang ayat 21 di dalam

Baca selanjutnya »

Kuliah Sirah Bulanan

? Mencari semangat di tengah-tengah semester? Ingin menelusuri kisah para nabi yang sabar dalam menempuh cabaran? Atau cuma perlukan waktu santai bersama kisah zaman nabi? ? Jom join Kuliah Sirah 30 min

Baca selanjutnya »

Kelas Tahsin Al-Quran

Biro Tarbiyyah ISMA USC dengan sukacitanya akan menganjurkan kelas tahsin al-Quran bagi mempertingkatkan pembacaan Al-Quran. Pendaftaran kelas ini terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di US dan Canada. Pengajian akan

Baca selanjutnya »