Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Istiqamah

Oleh: Hussni Zakir

Sering kali apabila kita mendengar perkataan istiqamah kita terfikir konsep pengulangan sebuah amal. Ini sebenarnya sebuah tanggapan salah dan Insyaallah dalam artikel ini saya akan membawa perspektif baru terhadap konsep ini. Kita bermula dengan hadis dibawah:

خَطَّ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَطًّا ثُمَّ قَالَ هَذَا سَبِيلُ اللَّهِ ثُمَّ خَطَّ خُطُوطًا عَنْ يَمِينِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ ثُمَّ قَالَ هذه سبل و عَلَى كُلِّ سَبِيلٍ مِنْهَا شَيْطَانٌ يَدْعُو إِلَيْهِ ثُمَّ قَرَأَ {وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَتَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam membuat sebuah garis lurus bagi kami, lalu bersabda, ‘Ini adalah jalan Allah’, kemudian beliau membuat garis lain pada sisi kiri dan kanan garis tersebut, lalu bersabda, ‘Ini adalah jalan-jalan (yang banyak). Pada setiap jalan ada syaitan yang mengajak kepada jalan itu,’ 

kemudian beliau membaca,

{وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَتَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ}

Dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kalian dari jalan-Nya

([Al An’am: 153] Hadits shahih diriwayatkan oleh Ahmad dan yang lainnya)

Kita dapat fahami dari hadis diatas bahawa kita sepanjang kehidupan kita akan terbuka untuk memilih jalan-jalan kehidupan kita. Dan perkara ini termasuk aktiviti dalam kehidupan seharian kita, perkara seperti bekerja, melayari internet, sembang dengan kawan dan jalan-jalan. Pernahkah kita muhasabah diri kita dan bertanya adakah cara kita menjalankan kehidupan seharian kita mengikut kehendak Allah atau membuat perkara-perkara ini kerana benda lain seperti nafsu. Sesungguhnya Islam itu melingkupi setiap aspek kehidupan kita dan walaupun ia tidak bersifat ‘micro-managing’ ia telah jelas meletakkan had-had antara halal dan haram. 

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِ ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ 

Tidakkah kamu melihat golongan yang mengambil hawa nafsu sebagai tuhan….

Surah Al-Jathiyah 45:23

Menurut syariat istiqamah adalah meniti jalan lurus yaitu agama yang lurus (Islam) tanpa menyimpang ke kanan atau ke kiri. Ia adalah satu proses aktif dan sedar (conscious) untuk sentiasa mengekalkan diri atas jalan islam. Ramai menganggap perkara ini adalah semulajadi iaitu jika seorang itu baik atau islamik dia akan senang menunaikan amal-amal soleh tetapi perkara ini salah, setiap amal itu adalah usaha dan perjuangan melawan nafsu diri. Dan konsistensi untuk melawan nafsu ini adalah istiqamah. Ia bukan sekadar mengulangi amal yang sama setiap hari tetapi usaha untuk tidak jatuh kepada tipu daya syaitan.

   اِستَقِيمُوا وَلَن تُحصُوا

“Istiqomahlah dan kalian tidaklah akan mampu ” (HR. Imam Ahmad dan Ibnu Majah)

Kenapa di dalam hadis di atas nabi berkata demikian….

Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ

“Setiap anak Adam pasti berbuat salah dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah yang bertaubat” (HR Tirmidzi)

Kita perlu sedar bahawa kita sebagai manusia sentiasa berbuat dosa. Tidak kira lah sebaik mana diri kita, kita tidak akan terlepas darinya. Dosa-dosa inilah perkara yang membuat kita tersimpang dari jalan lurus islam. Dan untuk kembali semula ke jalan yang lurus perlulah kita bertaubat. Sentiasa bertaubat setiap hari kerana kita tidak pasti mana taubat kita akan diterima Allah. Jangan sesekali kita putus asa dengan rahmat Allah tidak kira betapa banyak kali kita melakukan dosa yang sama setiap hari. 

Perkara seterusnya yang saya mahu sentuh ialah kenapa kita perlu istiqamah. Kenapa kita tidak boleh sahaja lakukan sahaja dosa kemudian cari masa lain atau nanti utk taubat dan kembali ke cara kehidupan islam? Ataupun, biarkanlah sahaja terjerumus dalam maksiat sekejap,tersimpang sikit dari jalan islam kemudian cari masa lain untuk taubat. Inilah tipu daya syaitan, jika fikiran kita begini, masa taubat itu tidak pasti akan sampai. Salah satu manfaat istiqamah di jelaskan oleh Allah: 

  إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”

Surah Al-Ahqaf 46:13

Hidup seorang yang istiqamah akan penuh ketenangan jiwa dan tanpa keduakcitaan. Dan sesungguhnya ketenangan jiwa yang dijanjikan oleh Allah mengalahkan apa-apa perkara yang dunia ini mampu beri. 

Akhir kalam, marilah kita sama-sama sentiasa sedar akan jadual harian kita dan memastikan ianya mengikut jalan islam. Marilah sama-sama kita sentiasa bertaubat dari dosa kita dan tidak bergelumang dalamnya dan marilah sama-sama kita istiqamah dalam kehidupan kita dan tidak mengambil jalan hidup selain islam.

Wallahualam.

Setiap amal itu adalah usaha dan perjuangan melawan nafsu diri. Dan konsistensi untuk melawan nafsu ini adalah istiqamah. Ia bukan sekadar mengulangi amal yang sama setiap hari tetapi usaha untuk tidak jatuh kepada tipu daya syaitan.

Artikel

Maulidur Rasul dan Hari Kiamat

Oleh: Nik Nurulhidayah Nik Zainal Alam Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan

Baca selanjutnya »

Mensyukuri Nikmat Allah

Oleh: Helmi Zulkifli Syukur adalah satu perkataan yang sering kita didengari dalam hidup kita. Ianya merupakan satu perkataan yang ringkas tetapi mempunyai maksud yang unik dan padat. Setiap hari manusia

Baca selanjutnya »

Aktiviti Komuniti

Ikuti Tauladan Rasulullah SAW

Purdue University, West Lafayette – Aktivis ISMA USC, Yusuf Yaacob telah menyampaikan khutbah di Masjid lokaliti bertajuk “Memilih Contoh Tauladan”.  Khatib membuka khutbah dengan mengingatkan tentang ayat 21 di dalam

Baca selanjutnya »

Kuliah Sirah Bulanan

? Mencari semangat di tengah-tengah semester? Ingin menelusuri kisah para nabi yang sabar dalam menempuh cabaran? Atau cuma perlukan waktu santai bersama kisah zaman nabi? ? Jom join Kuliah Sirah 30 min

Baca selanjutnya »

Kelas Tahsin Al-Quran

Biro Tarbiyyah ISMA USC dengan sukacitanya akan menganjurkan kelas tahsin al-Quran bagi mempertingkatkan pembacaan Al-Quran. Pendaftaran kelas ini terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di US dan Canada. Pengajian akan

Baca selanjutnya »