Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Maulidur Rasul dan Hari Kiamat

Oleh: Nik Nurulhidayah Nik Zainal Alam

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

Surah Al-Ahzab : 21

Firman Allah subhanahu wa ta’ala di atas menjelaskan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah contoh manusia terbaik untuk menjadi ikutan bagi seluruh kaum manusia. Suri teladan tersebut bukan sahaja diperolehi selepas baginda menerima wahyu pertama, malah kehidupan baginda sejak sebelum diutus menjadi Nabi lagi. 

Maulidur Rasul berlaku pada 12 Rabiul Awal dan ia merupakan hari yang disambut oleh umat Islam. Apabila menyambut hari yang besar ini sudah tentu kita bergembira dengannya, kerana kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. membawa rahmat kepada seluruh alam. Ketika itu, dunia Arab berada dalam jahiliyyah syirik, dunia Rom berada dalam jahiliyyah gilakan kuasa sehingga memperhambakan sesama manusia, dunia Parsi berada dalam jahiliyyah keruntuhan moral sehingga mengharuskan perkahwinan ayah dengan anak perempuannya, dunia di sebelah Asia seperti India dan China hanyut dengan jahiliyyah tahyul dan falsafah. Lalu, Nabi Muhammad diutuskan untuk mengeluarkan manusia dari kehidupan jahiliyyah kepada cahaya iman.

Jahiliyyah di sini bukan bererti jahil dalam urusan dunia. Manusia pada ketika itu sangat hebat dari sudut perkembangan ilmu pengetahuan dan pembangunan lahiriyyah seperti tamadun Rom dan Parsi yang telah berjaya membina tamadun sehingga boleh dilihat sehingga hari ini. Jahiliyyah di sini membawa maksud manusia yang jahil dalam urusan akhirat, tidak mengenal Tuhan-Nya sehingga membelakangkan perintah dan hukum-hakamNya.

Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan untuk membina peribadi manusia sesuai dengan sifat semulajadinya sebagai seorang manusia. Membina diri manusia dengan iman dan islam untuk mengisi komponen rohani, intelek dan jasmaninya. Bukan hanya membina manusia dari sudut lahiriyyah semata-mata sebagaimana yang dapat dilihat pada tamadun hari ini.

Di saat kita bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. kita juga mestilah berwaspada dengan mengingatkan diri masing-masing akan Hari Kiamat. Kerana kelahiran Baginda adalah di antara tanda-tanda besar berlakunya Hari Kiamat. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Jarak antara pengutusanku dan Hari Kiamat bagaikan dua jari ini.” (Kemudian beliau berisyarat dengan jari tengah dan jari telunjuk). Ia menunjukkan bahawa Hari Kiamat itu begitu hampir dengan kita.

Oleh kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang paling banyak menerangkan berkait dengan tanda-tanda berlakunya Kiamat. Sama ada tanda-tanda yang besar atau tanda-tanda yang kecil, sama ada yang telah berlaku atau yang sedang berlaku dan akan berlaku kelak. Bila kita melihat tanda-tanda ini berlaku di hadapan mata, maka keimanan kita akan kebenaran kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. semakin meningkat.

Bilakah berlakunya Kiamat adalah rahsia Allah supaya kita sentiasa bersedia menghadapinya. Persoalannya ialah apakah persiapan kita untuk berdepan dengan Hari Kiamat yang bakal tiba?

Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan untuk membina diri manusia dengan iman dan Islam untuk diisi di dalam rohani, pemikiran dan jasmaninya. Bukan sebagaimana tamadun pada hari ini yang hanya melihat manusia dari sudut lahiriyyah semata-mata.

Artikel

Istiqamah

Oleh: Hussni Zakir Sering kali apabila kita mendengar perkataan istiqamah kita terfikir konsep pengulangan sebuah amal. Ini sebenarnya sebuah tanggapan salah dan Insyaallah dalam artikel ini saya akan membawa perspektif

Baca selanjutnya »

Mensyukuri Nikmat Allah

Oleh: Helmi Zulkifli Syukur adalah satu perkataan yang sering kita didengari dalam hidup kita. Ianya merupakan satu perkataan yang ringkas tetapi mempunyai maksud yang unik dan padat. Setiap hari manusia

Baca selanjutnya »

Aktiviti Komuniti

Ikuti Tauladan Rasulullah SAW

Purdue University, West Lafayette – Aktivis ISMA USC, Yusuf Yaacob telah menyampaikan khutbah di Masjid lokaliti bertajuk “Memilih Contoh Tauladan”.  Khatib membuka khutbah dengan mengingatkan tentang ayat 21 di dalam

Baca selanjutnya »

Kuliah Sirah Bulanan

? Mencari semangat di tengah-tengah semester? Ingin menelusuri kisah para nabi yang sabar dalam menempuh cabaran? Atau cuma perlukan waktu santai bersama kisah zaman nabi? ? Jom join Kuliah Sirah 30 min

Baca selanjutnya »

Kelas Tahsin Al-Quran

Biro Tarbiyyah ISMA USC dengan sukacitanya akan menganjurkan kelas tahsin al-Quran bagi mempertingkatkan pembacaan Al-Quran. Pendaftaran kelas ini terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di US dan Canada. Pengajian akan

Baca selanjutnya »