Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Mensyukuri Nikmat Allah

Oleh: Helmi Zulkifli

Syukur adalah satu perkataan yang sering kita didengari dalam hidup kita. Ianya merupakan satu perkataan yang ringkas tetapi mempunyai maksud yang unik dan padat. Setiap hari manusia dilimpahi nikmat Allah Yang Maha Pemurah. Cuba sebutkan nikmat-nikmat Allah yang paling hebat pada diri kita semua. Ya, banyak nikmat pemberian Allah kepada kita, namun nikmat yang paling hebat pada diri kita ialah nafas yang kita sedut tiap-tiap hari.

Berapa kali diantara kita melihat diri kita di cermin dalam sehari? Tentu banyak kali, kan? Pernah tak kita memuji Allah apabila melihat diri kita di hadapan cermin? Kalau ada pun, tak ramai yang bersyukur seperti firman Allah Taala:

“… Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati, (tetapi) amat sedikit kamu bersyukur.”

Surah As-Sajadah : 9

Allah SWT Maha Kaya dalam setiap pemberian kepada hambaNya. Allah SWT tidak berhajat tetapi kita sebagai hamba benar-benar berhajat kepada Allah. Cuba lihat diri kita,betapa sempurna diri kita Allah ciptakan.Cukup sifat. Ada orang yang lahir-lahir buta matanya. Ada yang cacat tiada tangan dan kaki. Allah telah jadikan diri kita sebaik-baik ciptaan. Firman Allah dalam surah At-Tin ayat 4:

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."

Surah At-Tin : 4

Kalau nak disebut satu persatu nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, tentu tak terkira kerana terlalu banyak nikmat tersebut. Tidak kira sama ada nikmat yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti masih hidup hingga hari ini, ada keluarga, ada tempat berlindung, ada makan minum dan sebagainya. Malah, termasuk juga nikmat yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti ketenangan hidup, kelapangan masa, kebijaksanaan dan banyak lagi. Tapi sayangnya, kita masih lagi tidak perasan dan sering kali lupa untuk bersyukur.

Namun ada orang yang tidak puas dengan dirinya. Dia rasa Tuhan tidak cukup bagus ciptakan dirinya. Sering kali kita lupa juga bahawa bersyukur adalah satu bentuk akhlak yang baik. Ia merupakan tanda kita berterima kasih kepada Allah. Dengan hal yang demikian, akhlak dan iman adalah kunci utama yang perlu kita perelokkan dan perbaiki agar kita sentiasa disayangi Allah. Kasih sayang Allah dan peringatan-Nya itu juga diterjemahkan di dalam Surah Ibrahim, ayat 7:

“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmatKu kepada kamu, dan sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azabKu amat keras.”

Surah Ibrahim : 7

Sepertimana yang di sebut di dalam ayat tersebut, kita tahu Allah menjamin di dalam Al-Quran bahawa dengan bersyukur Allah akan tambah lagi dan lagi dan lagi nikmat-nikmatNya. Allah SWT berhak memberi nikmatNya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Begitu juga Allah SWT berhak untuk menarik kembali nikmatNya pada sesiapa dan bila-bila masa yang dikehendaki. Bayangkan kaki yang boleh berjalan tiba-tiba patah kerana mengalami kemalangan. Mata yang boleh melihat tiba-tiba menjadi buta. Badan yang selama ini sihat untuk bergerak ke sana ke sini tiba-tiba terlantar sakit. Begitu juga dengan kesenangan hidup tiba-tiba berubah kepada kesempitan, masa yang lapang tiba-tiba menjadi sangat suntuk dan sebagainya. Kerana itulah kita harus bersyukur dan menzahirkan kesyukuran kita kepada Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah dan melaksanakan segala perintahNya.

Apa yang kita nampak, apabila tiada yang bertambah pada diri kita mahupun diuji dalam kehidupan, kita berasa sedih dan menyalahkan orang sekeliling malah menyalahkan Allah Taala kerana menguji kita sedemikian. Kenapa kita perlu menyalahkan takdir? Kita perlulah sentiasa bersyukur walaupun dalam kesusahan. Ingatlah Allah dan sentiasa bersyukur kepadaNya tika senang mahupun susah.

Bersyukurlah di saat susah dan senang kerana hakikatnya Allah tidak pernah membiarkan hambaNya berada dalam kepayahan selama-lamanya. Semoga kita menjadi seorang insan yang sentiasa bersyukur kepada Allah dan bersungguh-sungguh untuk menjadi ahli syurga.

Bersyukurlah di saat susah dan senang kerana hakikatnya Allah tidak pernah membiarkan hambaNya berada dalam kepayahan selama-lamanya.

Artikel

Istiqamah

Oleh: Hussni Zakir Sering kali apabila kita mendengar perkataan istiqamah kita terfikir konsep pengulangan sebuah amal. Ini sebenarnya sebuah tanggapan salah dan Insyaallah dalam artikel ini saya akan membawa perspektif

Baca selanjutnya »

Maulidur Rasul dan Hari Kiamat

Oleh: Nik Nurulhidayah Nik Zainal Alam Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan

Baca selanjutnya »

Aktiviti Komuniti

Ikuti Tauladan Rasulullah SAW

Purdue University, West Lafayette – Aktivis ISMA USC, Yusuf Yaacob telah menyampaikan khutbah di Masjid lokaliti bertajuk “Memilih Contoh Tauladan”.  Khatib membuka khutbah dengan mengingatkan tentang ayat 21 di dalam

Baca selanjutnya »

Kuliah Sirah Bulanan

? Mencari semangat di tengah-tengah semester? Ingin menelusuri kisah para nabi yang sabar dalam menempuh cabaran? Atau cuma perlukan waktu santai bersama kisah zaman nabi? ? Jom join Kuliah Sirah 30 min

Baca selanjutnya »

Kelas Tahsin Al-Quran

Biro Tarbiyyah ISMA USC dengan sukacitanya akan menganjurkan kelas tahsin al-Quran bagi mempertingkatkan pembacaan Al-Quran. Pendaftaran kelas ini terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di US dan Canada. Pengajian akan

Baca selanjutnya »