Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Solat Adalah Anugerah Allah SWT

Oleh: Mohamad Iqbal Hakim Mohd Azhan

Sheikh Mokhtar Maghroui, seorang ulama Algeria yang kepakarannya adalah dalam bidang Tazkiyah (penyucian) dan Fiqh (kefahaman), di dalam satu ceramahnya yang bertajuk “Prayer: The Ascension of the Believer” membawa mesej yang sangat sarat tentang hakikat solat membuatkan kita perlu berfikir sejenak tentang tujuan sebenar penciptaan manusia di muka bumi ini [1].

Solat itu Tanda Ubudiyyah Hamba-Nya

Kita semua maklum bahawa “Prayer” atau solat atau sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua. Tiada amalan mulia lain yang lebih tinggi dan mulia daripada solat selepas mengucapkan dua kalimah syahadah. Kita mungkin juga sudah lali atau lebih santai lagi kita bahasakan sebagai “sudah cliché” bahawa solat itu adalah tiang agama seseorang Muslim itu. Sedar ataupun tidak, kebanyakan daripada kita selama ini menunaikan solat atas tujuan untuk menunaikan “tanggungjawab sebagai seorang Muslim” sahaja. Hakikatnya, pemikiran kita mungkin masih kabur atau kita tidak menyedari bahawa solat itu sesungguhnya adalah bukan satu tanggungjawab kerana ia adalah hadiah atau anugerah Allah SWT kepada ummah.

Akan tetapi, apa yang kita lazimi, kita mengambil mudah tentang amalan solat ini. Asalkan kita sudah buat, maka terlepaslah tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Kita juga menganggap hanya cukup dengan terlepasnya tanggungjawab kita kepada Sang Pencipta, sudah terlaksana solat kita itu. Dalam sehari, hanya lima minit sahaja yang kita luangkan untuk bersama Dia dalam satu solat, kemudian tergesa-gesa untuk meninggalkan solat selepas salam. Walhal kita mampu menghabiskan sejam untuk bermesyuarat, kita mampu menghabiskan dua jam untuk menonton drama dan menghabiskan tiga jam atau lebih untuk perkara-perkara lain dalam seharian. Mengapa perlu tergesa-gesa dan dilakukan sekadar sambelewa? Sudah cukupkah nilai ubudiyyah yang kita berikan kepada-Nya?

Apakah yang dimaksudkan dengan ubudiyyah? Secara amnya adalah ibadah dan secara khususnya adalah keabdiaan hamba-Nya kepada Allah SWT [2]. Oleh sebab ini jugalah Allah menciptakan manusia. Kewujudan manusia di atas muka bumi ini, tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menjadi hamba kepada Allah SWT. Dengan solatlah, dapat kita tunjukkan pengabdian kita kepada Allah SWT.

Menurut firman Allah SWT di dalam Surah Adz-Dzariyat, ayat 56:

“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”

Akan tetapi, apa menyedihkan adalah apabila kita asyik merungut yang kita tidak cukup masa, sungguhpun kita telah diberi jumlah waktu yang sama setiap hari. Kita banyak membazirkan masa dan kita sentiasa berkira-kira masa kita dengan perkara-perkara lain tetapi tidak berkira-kira masa kita bersama Allah SWT. Tidak dapat disangkalkan kerana penciptaan manusia di muka bumi ini juga untuk memakmurkan bumi ini. Kita perlu menjadi khalifah yang mentadbir seluruh alam ini seperti firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 30:

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

Mari kita lihat kisah seorang tokoh keilmuan Islam yang pasti semua rakyat Malaysia akan kenal, Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau merupakan seorang menteri besar di Kelantan pada suatu ketika dahulu. Setiap pagi semasa zaman pentadbiran beliau, beliau akan memulakan paginya dengan menunaikan solat dhuha sebagai tanda ubudiyyah dan syukur beliau kepada Allah SWT sebelum menjalankan tanggungjawab beliau sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Segala keputusan dan tindak-tanduk yang akan dilakukan oleh beliau dalam seharian tidak akan terlaksana tanpa dengan keizinan dan kehendak-Nya [3]. Oleh itu, ketokohan yang ditunjukkan beliau dalam mengimani kedua-dua ayat inilah yang memberi gambaran penuh bagaimana seseorang Islam harus bertindak. Penghayatan inilah yang mampu mencorak sifat dan membentuk niat seseorang manusia dalam melakukan apa-apa perkara sehariannya menjadi ibadah semata-mata kerana Allah.

Dalam kisah yang lain, saya juga pernah mendengar cerita tentang seorang doktor pakar yang mampu untuk mengkhatamkan tilawah al-Quran sebanyak lima kali dalam sebulan. Secara logiknya, doktor pakar umpama nadi kepada sesebuah hospital atau klinik yang mana jadual berkerjanya tidak menentu dan berkemungkinan perlu menghabiskan masa lebih di unit pembedahan atau wad pesakit berbanding di tikar sejadah. Namun, beliau mampu kerana sedar akan dirinya hanyalah hamba yang hakiki di samping mempunyai tugas sebagai khalifah kepada ummah. Seorang hamba yang terarah tujuan hidupnya sebagai hamba kepada Allah SWT mampu menjadi insan yang hebat di muka bumi ini.

Solat itu Anugerah untuk Hamba-Nya

Melihat kembali peristiwa Isra’ dan Mi’raj, junjungan kita Rasulullah SAW diangkatkan ke langit dengan kuasa Allah untuk sampai ke Arash-Nya. Oleh kerana sifat ubudiyyah Rasulullah SAW pada Yang Maha Esa, Allah menghadiahkan solat kepada umat manusia. Dalam sehari, lima kali Allah memanggil hamba-Nya untuk bertemu dengan hamba-Nya. Laungan azan lima kali dalam sehari juga menunjukkan bahawa Maha Pengasihnya Allah terhadap hamba-Nya tanpa tidak jemu untuk menuju kejayaan. “Haiya Salah, Haiya Falah”. Kasih Allah tidak tertanding dengan kasih manusia yang ada had jemunya dan turun naiknya.

Syariat yang disampaikan melalui Rasulullah SAW pada malam Isra’ dan Mi’raj ini adalah untuk melepaskan manusia daripada tarikan dunia yang tidak hakiki. Kita selalu dengar orang bercakap yang solat itu menenangkan. Solat itu menenteramkan hati yang penuh dengan gundah gulana. Fitrah manusia sering melupakan Allah apabila berada dalam keadaan senang. Hanya apabila kita sudah berkeseorangan dan dalam kesusahan, barulah kita akan terasa tiada tempat untuk mengadu dan perlu kembali kepada Allah SWT. Namun, Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 186:

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

Ketahuilah Allah juga ada mengatakan bahawa dia sangatlah dekat dengan hamba-Nya di dalam solat. Seperti di dalam firman Allah SWT dalam Surah Al-Alaq, ayat 19:

Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!”

Begitulah juga yang diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

“Jarak paling dekat antara seorang hamba dengan Allah swt adalah ketika (hamba tersebut) sedang sujud. Maka perbanyaklah berdo’a ketika sujud.” (HR Muslim) [4]

Maka, rugilah diri kita ini jika mengambil endah akan perihal solat. Hal ini kerana, di dalam solat itu kita dapat berkomunikasi dengan Allah SWT. Setiap bait-bait yang dikumat-kamitkan itu adalah puji-pujian dan permintaan kita pada Allah SWT. Seolah-olah komunikasi antara dua kekasih, tiada perkara yang lebih indah berbanding saat yang dihabiskan bersama kekasih. Saat-saat indah ini akan keruh jika ada orang ketiga yang hadir sehingga menganggu perhatian salah seorang daripada pasangan kekasih itu. Hati dan perasaan tidak boleh dimain-mainkan di antara kedua-dua pasangan kekasih.

Begitu jugalah pemusatan hati seorang hamba pada pencipta-Nya yang perlu hadir dalam satu pertemuan dengan penuh khusyuk dan tawaduk di dalam solat. Sesungguhnya, di saat apabila seorang hamba memalingkan hatinya pada perkara lain selain daripada Allah SWT, Allah SWT akan berkata pada hamba-Nya itu pada saat itu, adakah perkara yang lebih hebat dan baik daripada Aku sehingga engkau memalingkan padanganmu kepada-Ku? Nauzubillahi minzalik. Takut-takut kita mengundang murka Allah SWT kepada diri kita yang kerdil ini.

Solat itu Tiada Penghujung dalam Pembaikian

Akhirul kalam, dalam saat yang kita baru tersedar bahawa telah banyak kesilapan dalam solat kita, Allah masih tidak putus memberi rezeki kepada hamba-Nya yang telah ditetapkan. Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani masih memberi kesihatan kepada kita untuk melakukan pekerjaan seharian. Kita masih mampu untuk bangun setiap pagi untuk mencari duit dan menyara keluarga di rumah. Kita masih mampu untuk bergelak ketawa bersama sahabat handai di kedai-kedai. Itu menandakan bahawa kita masih diberi peluang untuk memperbetulkan solat dan niat kita selagimana hayat dikandung badan. Tiada nyawa yang dapat terlepas daripada maut. Sepertimana firman Allah SWT di dalam Surah Ali-Imran, ayat 185:

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

Allah SWT memberi kita peluang untuk terus memperbaiki solat kita. Kita tidak senang dalam hidup, tidak mungkin kunci penyelesaiannya adalah solat. Kita ada hutang yang banyak, tidak mungkin kunci penyelesaiannya adalah solat. Kita buntu dalam membuat keputusan, tidak mungkin juga jalan penyelesaiannya adalah solat. Oleh itu, kita sama-sama muhasabah diri ini, fikirkan apa yang boleh dilakukan untuk memperbetulkan solat kita kerana moga-moga dengan solat kita, dosa-dosa kita dapat diampunkan. Dengan solat-solat kita, amalan-amalan baik kita juga diterima oleh Allah SWT. Dengan solat-solat kita juga, kita akan dapat bersama-sama Rasulullah SAW, para sahabat, tabiin dan orang-orang yang beriman bertemu dengan Allah SWT.

Kita perbetulkan cara pandang kita bahawa solat bukan kerana tanggungjawab atau apa-apa yang kita minta dan terima, tetapi adalah kerana Dia semata-mata. Dia adalah Allah yang Maha Esa yang hamba-Nya perlu berserah. Kita perlu perbetulkan cara pandang kita pada hubungan hamba kepada Sang Pencipta-Nya. Wallahu’alam.

[1] https://www.youtube.com/watch?v=PQJ-YjcXZmA

[2] http://abu-durrah.blogspot.com/2013/02/ubudiyyah-pengabdian-terhadap-allah-swt.html

[3] https://www.youtube.com/watch?v=o5E7i5IcfWU

[4] https://islam.nu.or.id/post/read/43310/memahami-makna-sujud

Oleh: Mohamad Iqbal Hakim Mohd Azhan

Sheikh Mokhtar Maghroui, seorang ulama Algeria yang kepakarannya adalah dalam bidang Tazkiyah (penyucian) dan Fiqh (kefahaman), di dalam satu ceramahnya yang bertajuk “Prayer: The Ascension of the Believer” membawa mesej yang sangat sarat tentang hakikat solat membuatkan kita perlu berfikir sejenak tentang tujuan sebenar penciptaan manusia di muka bumi ini [1].

1. Solat itu Tanda Ubudiyyah Hamba-Nya

Kita semua maklum bahawa “Prayer” atau solat atau sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua. Tiada amalan mulia lain yang lebih tinggi dan mulia daripada solat selepas mengucapkan dua kalimah syahadah. Kita mungkin juga sudah lali atau lebih santai lagi kita bahasakan sebagai “sudah cliché” bahawa solat itu adalah tiang agama seseorang Muslim itu. Sedar ataupun tidak, kebanyakan daripada kita selama ini menunaikan solat atas tujuan untuk menunaikan “tanggungjawab sebagai seorang Muslim” sahaja. Hakikatnya, pemikiran kita mungkin masih kabur atau kita tidak menyedari bahawa solat itu sesungguhnya adalah bukan satu tanggungjawab kerana ia adalah hadiah atau anugerah Allah SWT kepada ummah.

Akan tetapi, apa yang kita lazimi, kita mengambil mudah tentang amalan solat ini. Asalkan kita sudah buat, maka terlepaslah tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Kita juga menganggap hanya cukup dengan terlepasnya tanggungjawab kita kepada Sang Pencipta, sudah terlaksana solat kita itu. Dalam sehari, hanya lima minit sahaja yang kita luangkan untuk bersama Dia dalam satu solat, kemudian tergesa-gesa untuk meninggalkan solat selepas salam. Walhal kita mampu menghabiskan sejam untuk bermesyuarat, kita mampu menghabiskan dua jam untuk menonton drama dan menghabiskan tiga jam atau lebih untuk perkara-perkara lain dalam seharian. Mengapa perlu tergesa-gesa dan dilakukan sekadar sambelewa? Sudah cukupkah nilai ubudiyyah yang kita berikan kepada-Nya?

Apakah yang dimaksudkan dengan ubudiyyah? Secara amnya adalah ibadah dan secara khususnya adalah keabdiaan hamba-Nya kepada Allah SWT [2]. Oleh sebab ini jugalah Allah menciptakan manusia. Kewujudan manusia di atas muka bumi ini, tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menjadi hamba kepada Allah SWT. Dengan solatlah, dapat kita tunjukkan pengabdian kita kepada Allah SWT.

Menurut firman Allah SWT di dalam Surah Adz-Dzariyat, ayat 56:

"Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah-Ku."

Surah Adz-Dzariyat: 56

Akan tetapi, apa menyedihkan adalah apabila kita asyik merungut yang kita tidak cukup masa, sungguhpun kita telah diberi jumlah waktu yang sama setiap hari. Kita banyak membazirkan masa dan kita sentiasa berkira-kira masa kita dengan perkara-perkara lain tetapi tidak berkira-kira masa kita bersama Allah SWT. Tidak dapat disangkalkan kerana penciptaan manusia di muka bumi ini juga untuk memakmurkan bumi ini. Kita perlu menjadi khalifah yang mentadbir seluruh alam ini seperti firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 30:

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

Surah Al-Baqarah: 30

Mari kita lihat kisah seorang tokoh keilmuan Islam yang pasti semua rakyat Malaysia akan kenal, Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau merupakan seorang menteri besar di Kelantan pada suatu ketika dahulu. Setiap pagi semasa zaman pentadbiran beliau, beliau akan memulakan paginya dengan menunaikan solat dhuha sebagai tanda ubudiyyah dan syukur beliau kepada Allah SWT sebelum menjalankan tanggungjawab beliau sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Segala keputusan dan tindak-tanduk yang akan dilakukan oleh beliau dalam seharian tidak akan terlaksana tanpa dengan keizinan dan kehendak-Nya [3]. Oleh itu, ketokohan yang ditunjukkan beliau dalam mengimani kedua-dua ayat inilah yang memberi gambaran penuh bagaimana seseorang Islam harus bertindak. Penghayatan inilah yang mampu mencorak sifat dan membentuk niat seseorang manusia dalam melakukan apa-apa perkara sehariannya menjadi ibadah semata-mata kerana Allah.

Dalam kisah yang lain, saya juga pernah mendengar cerita tentang seorang doktor pakar yang mampu untuk mengkhatamkan tilawah al-Quran sebanyak lima kali dalam sebulan. Secara logiknya, doktor pakar umpama nadi kepada sesebuah hospital atau klinik yang mana jadual berkerjanya tidak menentu dan berkemungkinan perlu menghabiskan masa lebih di unit pembedahan atau wad pesakit berbanding di tikar sejadah. Namun, beliau mampu kerana sedar akan dirinya hanyalah hamba yang hakiki di samping mempunyai tugas sebagai khalifah kepada ummah. Seorang hamba yang terarah tujuan hidupnya sebagai hamba kepada Allah SWT mampu menjadi insan yang hebat di muka bumi ini.

2. Solat itu Anugerah untuk Hamba-Nya

Melihat kembali peristiwa Isra’ dan Mi’raj, junjungan kita Rasulullah SAW diangkatkan ke langit dengan kuasa Allah untuk sampai ke Arash-Nya. Oleh kerana sifat ubudiyyah Rasulullah SAW pada Yang Maha Esa, Allah menghadiahkan solat kepada umat manusia. Dalam sehari, lima kali Allah memanggil hamba-Nya untuk bertemu dengan hamba-Nya. Laungan azan lima kali dalam sehari juga menunjukkan bahawa Maha Pengasihnya Allah terhadap hamba-Nya tanpa tidak jemu untuk menuju kejayaan. “Haiya Salah, Haiya Falah”. Kasih Allah tidak tertanding dengan kasih manusia yang ada had jemunya dan turun naiknya.

Syariat yang disampaikan melalui Rasulullah SAW pada malam Isra’ dan Mi’raj ini adalah untuk melepaskan manusia daripada tarikan dunia yang tidak hakiki. Kita selalu dengar orang bercakap yang solat itu menenangkan. Solat itu menenteramkan hati yang penuh dengan gundah gulana. Fitrah manusia sering melupakan Allah apabila berada dalam keadaan senang. Hanya apabila kita sudah berkeseorangan dan dalam kesusahan, barulah kita akan terasa tiada tempat untuk mengadu dan perlu kembali kepada Allah SWT. Namun, Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 186:

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

Surah Al-Baqarah: 186

Ketahuilah Allah juga ada mengatakan bahawa dia sangatlah dekat dengan hamba-Nya di dalam solat. Seperti di dalam firman Allah SWT dalam Surah Al-Alaq, ayat 19:

"Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!"

Surah Al-Alaq: 19

Begitulah juga yang diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: 

“Jarak paling dekat antara seorang hamba dengan Allah swt adalah ketika (hamba tersebut) sedang sujud. Maka perbanyaklah berdo’a ketika sujud.” (HR Muslim) [4]

"Jarak paling dekat antara seorang hamba dengan Allah swt adalah ketika (hamba tersebut) sedang sujud. Maka perbanyaklah berdo'a ketika sujud."

Maka, rugilah diri kita ini jika mengambil endah akan perihal solat. Hal ini kerana, di dalam solat itu kita dapat berkomunikasi dengan Allah SWT. Setiap bait-bait yang dikumat-kamitkan itu adalah puji-pujian dan permintaan kita pada Allah SWT. Seolah-olah komunikasi antara dua kekasih, tiada perkara yang lebih indah berbanding saat yang dihabiskan bersama kekasih. Saat-saat indah ini akan keruh jika ada orang ketiga yang hadir sehingga menganggu perhatian salah seorang daripada pasangan kekasih itu. Hati dan perasaan tidak boleh dimain-mainkan di antara kedua-dua pasangan kekasih.

Begitu jugalah pemusatan hati seorang hamba pada pencipta-Nya yang perlu hadir dalam satu pertemuan dengan penuh khusyuk dan tawaduk di dalam solat. Sesungguhnya, di saat apabila seorang hamba memalingkan hatinya pada perkara lain selain daripada Allah SWT, Allah SWT akan berkata pada hamba-Nya itu pada saat itu, adakah perkara yang lebih hebat dan baik daripada Aku sehingga engkau memalingkan padanganmu kepada-Ku? Nauzubillahi minzalik. Takut-takut kita mengundang murka Allah SWT kepada diri kita yang kerdil ini.

3. Solat itu Tiada Penghujung dalam Pembaikian

Akhirul kalam, dalam saat yang kita baru tersedar bahawa telah banyak kesilapan dalam solat kita, Allah masih tidak putus memberi rezeki kepada hamba-Nya yang telah ditetapkan. Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani masih memberi kesihatan kepada kita untuk melakukan pekerjaan seharian. Kita masih mampu untuk bangun setiap pagi untuk mencari duit dan menyara keluarga di rumah. Kita masih mampu untuk bergelak ketawa bersama sahabat handai di kedai-kedai. Itu menandakan bahawa kita masih diberi peluang untuk memperbetulkan solat dan niat kita selagimana hayat dikandung badan. Tiada nyawa yang dapat terlepas daripada maut. Sepertimana firman Allah SWT di dalam Surah Ali-Imran, ayat 185:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."

Surah Ali Imran: 185

Allah SWT memberi kita peluang untuk terus memperbaiki solat kita. Kita tidak senang dalam hidup, tidak mungkin kunci penyelesaiannya adalah solat. Kita ada hutang yang banyak, tidak mungkin kunci penyelesaiannya adalah solat. Kita buntu dalam membuat keputusan, tidak mungkin juga jalan penyelesaiannya adalah solat. Oleh itu, kita sama-sama muhasabah diri ini, fikirkan apa yang boleh dilakukan untuk memperbetulkan solat kita kerana moga-moga dengan solat kita, dosa-dosa kita dapat diampunkan. Dengan solat-solat kita, amalan-amalan baik kita juga diterima oleh Allah SWT. Dengan solat-solat kita juga, kita akan dapat bersama-sama Rasulullah SAW, para sahabat, tabiin dan orang-orang yang beriman bertemu dengan Allah SWT.

Kita perbetulkan cara pandang kita bahawa solat bukan kerana tanggungjawab atau apa-apa yang kita minta dan terima, tetapi adalah kerana Dia semata-mata. Dia adalah Allah yang Maha Esa yang hamba-Nya perlu berserah. Kita perlu perbetulkan cara pandang kita pada hubungan hamba kepada Sang Pencipta-Nya. Wallahu’alam.

 

[1] https://www.youtube.com/watch?v=PQJ-YjcXZmA

[2] http://abu-durrah.blogspot.com/2013/02/ubudiyyah-pengabdian-terhadap-allah-swt.html

[3] https://www.youtube.com/watch?v=o5E7i5IcfWU

[4] https://islam.nu.or.id/post/read/43310/memahami-makna-sujud

Artikel

Istiqamah

Oleh: Hussni Zakir Sering kali apabila kita mendengar perkataan istiqamah kita terfikir konsep pengulangan sebuah amal. Ini sebenarnya sebuah tanggapan salah dan Insyaallah dalam artikel ini saya akan membawa perspektif

Baca selanjutnya »

Maulidur Rasul dan Hari Kiamat

Oleh: Nik Nurulhidayah Nik Zainal Alam Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan

Baca selanjutnya »

Aktiviti Komuniti

Ikuti Tauladan Rasulullah SAW

Purdue University, West Lafayette – Aktivis ISMA USC, Yusuf Yaacob telah menyampaikan khutbah di Masjid lokaliti bertajuk “Memilih Contoh Tauladan”.  Khatib membuka khutbah dengan mengingatkan tentang ayat 21 di dalam

Baca selanjutnya »

Kuliah Sirah Bulanan

? Mencari semangat di tengah-tengah semester? Ingin menelusuri kisah para nabi yang sabar dalam menempuh cabaran? Atau cuma perlukan waktu santai bersama kisah zaman nabi? ? Jom join Kuliah Sirah 30 min

Baca selanjutnya »

Kelas Tahsin Al-Quran

Biro Tarbiyyah ISMA USC dengan sukacitanya akan menganjurkan kelas tahsin al-Quran bagi mempertingkatkan pembacaan Al-Quran. Pendaftaran kelas ini terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di US dan Canada. Pengajian akan

Baca selanjutnya »