Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Ikuti Tauladan Rasulullah SAW

Purdue University, West Lafayette – Aktivis ISMA USC, Yusuf Yaacob telah menyampaikan khutbah di Masjid lokaliti bertajuk “Memilih Contoh Tauladan”. 

Khatib membuka khutbah dengan mengingatkan tentang ayat 21 di dalam surah Al-Ahzab, Allah telah berfirman, 

Sesungguhnya ada di dalam kalangan kamu, Rasulullah sebagai contoh tauladan yang baik bagi orang yang beriman kepada hari akhirat dan yang selalu mengingati Allah.

Surah Al-Ahzab:21

Ditegaskan dalam khutbah tersebut, masalah pada masa sekarang bukanlah kerana kita telah mengalami ketandusan contoh tauladan, tetapi keliru dalam memilih dan terikut dengan trend/pengaruh arus semasa. Hilangnya pedoman dan ikutan hidup boleh menyebabkan seseorang meleburkan jati diri sebagai seorang Muslim. 

Khatib menggesa untuk kita merenung kehidupan generasi terdahulu yang mengambil Rasulullah dan para sahabat sebagai ikutan sehingga dapat menerajui tamadun mengikut acuan sendiri. 

Berikutan itu, terdapat beberapa peranan yang dapat diambil bagi mengembalikan kehormatan kita sebagai pengikut Nabi SAW:

  1. Muhasabah diri siapa yang menjadi ikutan kita. Siapa yang kita selalu ikuti, siapa yang boleh membimbing kita sehingga kita ingin menjadi seperti dia. Dalam Hadith Riwayat Anas bin Malik R.A. Seorang Arab Badwi menanyakan Rasulullah berkenaan Hari Kiamat. Rasulullah menjawab, “Apa yang kamu bersedia untuknya?” Dia menjawab “Cinta kepada Allah dan Rasulnya.” Rasulullah menjawab, “Engkau akan bersama siapa yang engkau cintai.”

  2. Menyukai ilmu kisah-kisah nabi, sahabat dan sirah mereka. Sebagai Muslim, kita hendaklah melazimi diri kita dengan kisah-kisah pedoman kerana boleh menjadi pembakar semangat kepada kita untuk terus berjuang. Terdapat banyak bahan yang ada di internet seperti Youtube dan Podcast bercerita tentang kisah Nabi dan sahabat. Ambil masa untuk diri kita dengan mendengar dan membaca kisah mereka sewaktu dalam perjalanan menuju ke kelas atau ke tempat kerja. Kita sanggup untuk membuat tugasan Universiti yang mengambil masa 3 atau 4 jam tetapi tidak sanggup mendengar kisah orang-orang yang kita sayangi ini.
  3. Satu perkara yang selalu kita lupa bahawa diri mereka juga adalah manusia seperti kita. Mereka makan dan minum, bekerja dan berehat juga tetapi mereka boleh jadi hebat dengan membawa prinsip Islam yang agung. Sifat manusiawi ini sepatutnya menghilangkan alasan untuk kita bermalasan. Para nabi dan sahabat juga manusia yang sibuk dengan urusan seperti kita.

  4. Ambil orang-orang terdekat sebagai contoh tauladan. Jadikan seseorang daripada kenalan yang rapat kita sebagai ikutan, boleh jadi ibu bapa, pakcik, cikgu atau kawan yang mempunyai contoh yang baik dan boleh membawa kita ke arah yang betul. Orang seperti ini boleh menjadi tempat kita bertanya nasihat, bercerita masalah, dan pembimbing kita bila kita dalam kebuntuan.

  5. Berusaha menjadi contoh tauladan sendiri. Kita tidak boleh lari dari menjadi contoh tauladan kepada orang lain. Boleh jadi mereka menghormati kita oleh kerana kita mempunyai kerja yang hebat, kita pandai dalam belajar, kita berakhlak dengan orang sekeliling, kita pandai bercakap atau cuma kita lebih tua. Oleh itu kita perlu membawa versi diri yang terbaik di mana sahaja yang mencerminkan contoh tauladan yang baik.

Menutup khutbah ini, khatib mengingatkan bahawa sebagai Muslim, kita beruntung kerana mempunyai contoh tauladan yang terbaik dalam kehidupan kita ini. Kita patut merasa bangga dan bersyukur dan tidak perlu mencari dan melihat orang lain untuk dijadikan ikutan.

Moga Allah memberi hidayah kepada semua.
MEMBANGUN MAHASISWA BERAGENDA
#YouthActivISMA

Masalah kita hari ini adalah keliru dalam memilih dan terikut dengan pengaruh arus semasa. Hilangnya pedoman dan ikutan hidup boleh menyebabkan seseorang meleburkan jati diri sebagai seorang Muslim.

Artikel

Istiqamah

Oleh: Hussni Zakir Sering kali apabila kita mendengar perkataan istiqamah kita terfikir konsep pengulangan sebuah amal. Ini sebenarnya sebuah tanggapan salah dan Insyaallah dalam artikel ini saya akan membawa perspektif

Baca selanjutnya »

Maulidur Rasul dan Hari Kiamat

Oleh: Nik Nurulhidayah Nik Zainal Alam Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan

Baca selanjutnya »

Aktiviti Komuniti

Kuliah Sirah Bulanan

? Mencari semangat di tengah-tengah semester? Ingin menelusuri kisah para nabi yang sabar dalam menempuh cabaran? Atau cuma perlukan waktu santai bersama kisah zaman nabi? ? Jom join Kuliah Sirah 30 min

Baca selanjutnya »

Kelas Tahsin Al-Quran

Biro Tarbiyyah ISMA USC dengan sukacitanya akan menganjurkan kelas tahsin al-Quran bagi mempertingkatkan pembacaan Al-Quran. Pendaftaran kelas ini terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di US dan Canada. Pengajian akan

Baca selanjutnya »

WISE 2019 Teaser

Buat julung- julung kalinya, memperkenalkan Winter Summit East Coast atau lebih mesra dikenali sebagai WISE. Untuk pengetahuan semua, WISE adalah rebranding bagi program Jalinan Ukhuwwah Musim Sejuk (JUMS) yang diadakan

Baca selanjutnya »