Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Hari Malaysia, Hari Kesatuan Negara

Oleh Ahmad Fathi Bin Zahari

Setiap tahun, rakyat Malaysia bersemangat untuk menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos, hari Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dari kuasa-kuasa luar. Walau bagaimanapun, terdapat satu lagi titik signifikan dalam garis masa evolusi negara kita yang berlaku pada 16 September 1963, hari penubuhan persekutuan Malaysia. Hari yang menyatukan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura untuk melahirkan Malaysia.

16 September 1963 ialah hari kelahiran negara Malaysia dan syukur ke hadrat Allah SWT, kerana kita semua dapat hidup bersatu-padu sehingga kini dengan aman sentosa agar kita sama-sama dapat menjiwai dan mengekalkan semangat perpaduan negara kita yang didiami warganegara yang bercorakan pelbagai budaya dan latar belakang yang berbeza. Tetapi bagaimanakah seseorang menjiwai semangat perpaduan di dalam dirinya?

Artikel ini tidak bertujuan untuk megimbas kembali sambutan pada 16 September 1963 secara mendalam tetapi untuk mengingati semua orang kepentingan kelahiran Malaysia dan implikasinya kepada rakyat negara pada zaman ini. Rasulullah SAW bersabda:

“Perbandingan orang-orang yang beriman tentang perasaan kasih sayang, berbelas kasihan dan bersimpati mereka adalah seperti satu tubuh badan, sekiranya salah satu daripadanya mengadu sakit, maka bersahut-sahutanlah lain-lain anggota kepadanya dengan tidak dapat tidur dan demam selsema” (Riwayat Bukhari).

Negara Malaysia yang mempunyai majoriti umat Islam, adalah bagaikan tubuh badan tersebut; apabila satu kawasan atau kelompok masyarakat menderita, satu negara merasa kesannya. Oleh itulah, pentingnya perpaduan dan sokongan antara satu sama lain, lagi-lagi dalam zaman moden ini dan kedudukan geografi negara kita yang amat unik ini. Ianya unik kerana negara Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu Semenanjung Malaysia dan juga Malaysia Timur. Telah menjelang tahun ke-56 Hari Malaysia tahun ini dan betapa menakjubnya kekalan keamanan dan perpaduan antara dua tanah besar ini yang terpisah oleh Laut Cina Selatan sehingga kini. 

Secara teknikalnya, penubuhan Malaysia dapat mewujudkan imbangan kaum dan mengisytiharkan kemerdekaan di Sabah dan Sarawak selain meningkatkan taraf bumiputra di sana. Tidak lupa juga saudara-saudara kami yang telah merentas lautan dan tanah asing di serata dunia demi jihad ke jalan Allah dan juga negara. Tatkala itu, mereka masih mengambil masa untuk menyambut Hari Malaysia untuk menunjukkan semangat patriotisme mereka, bak kata pepatah “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.”

Sudah pasti, cinta akan negara merupakan antara dorongan kepada perpaduan kita semua di seluruh dunia tetapi timbulnya persoalan adakah kita menghayati Hari Malaysia? Atau adakah kita menghayati semangat perpaduan antara kita semua selama ini? Persoalan tersebut masih lagi relevan kepada mahasiswa yang berada di luar negara di mana masyarakatnya sering terperangkap dengan hawa nafsunya dan cintakan dunia. Adakah sambutan Hari Malaysia atau Kemerdekaan ataupun hari simbolik negara kita yang lain semata-mata untuk berkumpul dan berfoya-foya sesama diri? Sudah tentu ada cara yang lebih baik untuk menjiwai Hari Malaysia tetapi bagaimanakah seseorang bermula ke arah tersebut?

 Dari Amirul Mukminin, Abu Hafsh ‘Umar bin Al-Khattab RA, dia berkata bahawa dia mendengar Rasullulah SAW bersabda:

“Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada niatnya. Setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan, Siapa yang hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya untuk Allah dan Rasul-Nya. Siapa yang hijrahnya karena mencari dunia atau karena wanita yang dinikahinya, maka hijrahnya kepada yang ia tuju” (HR. Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menjelaskan bahawa amalan kita semua tergantung pada niat kita dan setiap orang akan mendapat balasan yang bersesuaian dengan niatnya. Apabila seseorang berniat kerana Allah SWT ataupun secara ikhlas dan mulia, sudah tentu ganjarannya berbaloi namun sebaliknya pula apabila seseorang berniat mengejar kejayaan dunia semata-mata. 

Sesungguhnya perpaduan yang telah dicapai antara kita semua merupakan buah dari biji benih niat dan usaha nenek dan atuk kita semua yang bertungkus-lumus berjihad membebaskan sebuah wilayah Islam ke arah keamanan, kestabilan dan perpaduan yang dapat kita semua nikmati bersama. Oleh itu, kita semua bertanggungjawab untuk meneruskan perjuangan kita dalam mengekalkan kesatuan antara kita semua dengan sekurang-kurangnya menghayati Hari Malaysia, hari kelahiran negara kita dengan ikhlas dan mulia.

Akhir kalam, saya menyeru sempena sambutan Hari Malaysia pada tahun ini agar kita semua memperbaharui niat dan paradigma untuk mengubah belenggu jahiliyyah yang dipaksa oleh penjajah, dan berusaha membebaskan diri darinya demi mengekalkan kemerdekaan zahir dan batin tanah air yang tercinta.

Artikel

Istiqamah

Oleh: Hussni Zakir Sering kali apabila kita mendengar perkataan istiqamah kita terfikir konsep pengulangan sebuah amal. Ini sebenarnya sebuah tanggapan salah dan Insyaallah dalam artikel ini saya akan membawa perspektif

Baca selanjutnya »

Maulidur Rasul dan Hari Kiamat

Oleh: Nik Nurulhidayah Nik Zainal Alam Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan

Baca selanjutnya »

Aktiviti Komuniti

Ikuti Tauladan Rasulullah SAW

Purdue University, West Lafayette – Aktivis ISMA USC, Yusuf Yaacob telah menyampaikan khutbah di Masjid lokaliti bertajuk “Memilih Contoh Tauladan”.  Khatib membuka khutbah dengan mengingatkan tentang ayat 21 di dalam

Baca selanjutnya »

Kuliah Sirah Bulanan

? Mencari semangat di tengah-tengah semester? Ingin menelusuri kisah para nabi yang sabar dalam menempuh cabaran? Atau cuma perlukan waktu santai bersama kisah zaman nabi? ? Jom join Kuliah Sirah 30 min

Baca selanjutnya »

Kelas Tahsin Al-Quran

Biro Tarbiyyah ISMA USC dengan sukacitanya akan menganjurkan kelas tahsin al-Quran bagi mempertingkatkan pembacaan Al-Quran. Pendaftaran kelas ini terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di US dan Canada. Pengajian akan

Baca selanjutnya »