Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Menghayati Sambutan Kemerdekaan & Maal Hijrah

Kalam mutiara kepimpinan ISMA USC bersempena Hari Kemerdekaan ke-62.

Oleh: Mohamad Iqbal Hakim Mohd Azhan

Hari ini mengingatkan seluruh rakyat Malaysia akan satu-satunya peristiwa yang amat bermakna bagi sebuah negara dan rakyatnya. Syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan taufik dan inayah-Nya kita masih berkemampuan menyambut Hari Kemerdekaan Tanah Melayu ke-62 dengan aman dan harmoni untuk kita sama-sama menghargai dan mengekalkan kemerdekaan Malaysia yang tercapai sebagai sebuah negara Islam yang berdaulat di bawah naungan demokrasi berperlembagaan.

Di kesempatan ini, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia terutamanya mahasiswa di luar negara untuk memikirkan tentang nikmat merdeka di negara Islam dan nikmat merdeka di negara bukan Islam. Kita dapat melihat nikmat merdeka di Malaysia memberi umat Islam, sebagai golongan majoriti kebebasan penuh untuk terus mengamalkan dan menyebarkan ajaran tanpa perasaan janggal. Sementara itu, kita melihat nikmat merdeka di Amerika Syarikat memberi penganut agama Islam, sebagai golongan minoriti kebebasan separa dalam mempraktikkan tuntutan Islam dalam ruang lingkup yang terhad selagi mana ajarannya itu tidak mendatangkan gangguan kepada masyarakat lain.

Islam tidak akan dapat tertegak dalam negara yang mengamalkan sistem jahiliyyah. Menurut Al-Maududi, satu sistem yang menolak untuk menjadikan syariat Allah sebagai panduan hidup dari sudut suatu peraturan, adat, tradisi dan undang-undang itulah jahiliyyah [1]. Saban hari, kita dapat melihat dan mendengar semakin banyak suara-suara sumbang yang mengkritik dan merendah-rendahkan institusi agama Islam yang dianggap sudah tidak relevan dengan arus kemajuan di Malaysia. Suara-suara sumbang yang memperjuangkan liberalisme dan sekularisme memfabrikasikan agenda mereka itu dengan perjuangan hak-hak asasi manusia mereka yang berdasarkan kayu ukur hawa nafsu semata-mata. Perjuangan mereka ini menidakkan apa-apa yang telah digariskan di dalam Al-Quran dan as-Sunnah.

Pastinya! Kita tidak mahu melihat sejarah kembali berulang. Sepertimana, kerajaan Turki Uthmaniyyah jatuh pada tahun 1924 yang digulingkan secara sistematik oleh penguasa imperialis Barat. Sebuah kuasa pemerintahan yang besar pada asalnya dan menguasai dua pertiga dunia dijarah-jarah menjadi negara sendiri seperti Lubnan, Palestin, Syria dan Iraq. Selaganya bermula apabila pemikiran ‘bebas khilafah’ menular dalam kalangan segelintir masyarakat Turki. Akhirnya, kerajaan Turki Uthmaniyyah menjadi lemah dan rebah setelah pusat kotanya, Istanbul ditawan menandakan peralihan sistem khalifah ke sistem republik yang menjulang misi sekularisme. Kesannya, umat Islam tertindas di tanah airnya sendiri apabila segala urusan keagamaan dan cara hidup Islam diubah menjadi sekular.

Sambutan kali ini menjadi lebih signifikan apabila umat Islam turut menyambut Maal Hijrah bagi tahun ke-1441H. Menurut Mursyidul Am Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam perutusan Maal Hijrah 1439H, tujuan hijrah yang sebenar adalah untuk membina negara yang memberikan umat Islam tapak untuk bergerak yang kukuh dalam menegakkan serta menyebarkan Islam [2]. Hal ini kerana, Rasulullah SAW pernah bersabda:

Maksudnya: Dari Aisyah ra. Ia berkata: Nabi SAW bersabda: “Tidak ada hijrah lagi setelah dibukanya kota Makkah, tetapi yang ada adalah jihad (berjuang di jalan Allah) dan niat untuk selalu berbuat baik. Oleh kerana itu, jika kalian dipanggil untuk berjuang, maka berangkatlah!” (HR. Bukhari dan Muslim)

Keadaan Malaysia ketika ini memerlukan umat Islam terpanggil untuk berubah dan menjadi lebih peka dengan nasib negara kita ini yang meletakkan agama Islam sebagai agama persekutuan. Hendak ataupun tidak, kita harus sedar bahawa Perkara 3 di dalam Perlembagaan Persekutuan itu akan terus dicabul untuk digantikan dengan sistem jahiliyyah. Oleh itu, kita terpanggil untuk berhijrah daripada terus lena dibuai dengan kemewahan dan kesenangan. Dalam kesibukan kita mengejar kemajuan, janganlah mata kita terus kabur sehingga terlepas pandang dengan nilai Islam kita yang terancam.

Akhir kalam, saya menyeru sempena sambutan Kemerdekaan Tanah Melayu dan Maal Hijrah pada tahun ini agar umat Islam memperbaharui niat dan paradigma untuk mengubah belenggu jahiliyyah yang dipaksa dan berusaha membebaskan diri darinya sekali gus kita dapat mengekalkan kemerdekaan negara kita yang tercinta ini.

[1] Abu A’la Al-Maududi, Islam dan Jahiliyyah, tt. Hlm. 22-23

Artikel

Istiqamah

Oleh: Hussni Zakir Sering kali apabila kita mendengar perkataan istiqamah kita terfikir konsep pengulangan sebuah amal. Ini sebenarnya sebuah tanggapan salah dan Insyaallah dalam artikel ini saya akan membawa perspektif

Baca selanjutnya »

Maulidur Rasul dan Hari Kiamat

Oleh: Nik Nurulhidayah Nik Zainal Alam Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan

Baca selanjutnya »

Aktiviti Komuniti

Ikuti Tauladan Rasulullah SAW

Purdue University, West Lafayette – Aktivis ISMA USC, Yusuf Yaacob telah menyampaikan khutbah di Masjid lokaliti bertajuk “Memilih Contoh Tauladan”.  Khatib membuka khutbah dengan mengingatkan tentang ayat 21 di dalam

Baca selanjutnya »

Kuliah Sirah Bulanan

? Mencari semangat di tengah-tengah semester? Ingin menelusuri kisah para nabi yang sabar dalam menempuh cabaran? Atau cuma perlukan waktu santai bersama kisah zaman nabi? ? Jom join Kuliah Sirah 30 min

Baca selanjutnya »

Kelas Tahsin Al-Quran

Biro Tarbiyyah ISMA USC dengan sukacitanya akan menganjurkan kelas tahsin al-Quran bagi mempertingkatkan pembacaan Al-Quran. Pendaftaran kelas ini terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di US dan Canada. Pengajian akan

Baca selanjutnya »