Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Menghargai Sistem Beraja dan Institusi Islam

Oleh: Yusri Jamaluddin

Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong yang ke-16 pada 30 Julai 2019 adalah sebuah hari peristiwa yang penting untuk kita merenung kembali dan menghargai sejarah dan identiti negara Malaysia yang unik sebagai sebuah Negara Islam yang mengamalkan demokrasi berperlembagaan.

Saya mengajak rakyat Malaysia, terutamanya mahasiswa yang berada di luar negara, untuk membuat satu perbandingan yang kritis terhadap sistem pentadbiran yang berbeza di antara negara yang dibina atas prinsip demokrasi liberal seperti Amerika Syarikat, dengan negara yang dibina atas identiti Islam seperti yang terpahat di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Tahun demi tahun, kita melihat bagaimana AS serta negara barat yang mengamalkan demokrasi seperti United Kingdom berubah-ubah pemerintahan dan hala tuju negara, mengikut nafsu rakyat. Kalau dahulu ketika pemerintahan Barrack Obama, negara mengamalkan dan mempromosi dasar-dasar yang lebih liberal dan terbuka, hari ini kita melihat nada politik AS berubah di bawah pemerintahan President Trump menjadi lebih konservatif.

Sementara itu, Malaysia masih lagi sebuah Negara yang mendaulatkan Islam, di mana semua kaum dapat tinggal dalam keadaan harmoni di bawah kontrak Perlembagaan Persekutuan. Di Malaysia, kita bersyukur bahawa Perlembagaan Persekutuan masih mengangkat Islam sebagai agama persekutuan yang rasmi, walaupun banyak suara-suara sumbang yang tidak meredhai.

Jika di AS kita terpaksa memeriksa senarai bahan-bahan terlebih dahulu sebelum membeli makanan, di Malaysia kita hanya perlu mencari logo halal JAKIM untuk memahami kesucian dan kebersihan kandungannya. Jika di AS kita terpaksa mencari ruang-ruang tersorok untuk menunaikan solat ketika bermusafir, di Malaysia kita mampu untuk melaksanakan syiar-syiar Islam secara terbuka dan selesa. Jika di AS kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk bermuamalah di dalam ekosistem berteraskan riba, kita mampu mempunyai alternatif sistem kewangan Islam di tanah air. Begitulah indahnya bernaung di bawah sistem pentadbiran berteraskan Islam.

Di dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia 2011, Sultan Nazrin Shah memetik kata-kata yang menggambarkan dengan jelas tentang rupa paras pentadbiran Islam di Malaysia. Beliau bertitah;

“Hassan Al Banna dalam Usul Ishrin menggariskan Islam ialah sistem yang syumul merangkumi seluruh aspek hidup, Islam adalah negara dan watan, pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan, rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang, ilmu dan kehakiman; Islam merangkumi material dan harta benda, usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan fikrah, akidah yang benar dan ibadat yang sah.”[1]

Tahun demi tahun, kita menyaksikan kewujudan golongan yang tidak senang melihat institusi raja berperlembagaan untuk menaungi pentadbiran Islam di Malaysia. Mereka ini tidak lain adalah golongan yang mahu memisahkan pentadbiran Malaysia daripada identiti Islami. Golongan ini tidak belajar daripada negara-negara barat, yang semakin hari semakin jauh daripada agama.

Kita melihat bagaimana AS hari ini menghadapi “epidemik” gereja yang semakin kosong hasil daripada kekurangan sumber kewangan dan kekurangan kehadiran ahli. Kini kita menyaksikan anggaran antara 6,000 hingga 10,000 gereja di AS ditutup setiap tahun.[2] Hari ini mereka sibuk berbincang tentang bagaimana untuk mengguna semula gereja yang telah ditinggalkan. Begitulah kesan hilangnya peranan agama di sebuah negara yang dibina di atas prinsip “liberty”.

Di sini saya mengajak mahasiswa di luar negara untuk menginsafi cabaran dan peranan yang perlu kita mainkan. Malaysia memerlukan tenaga kerja pakar dan golongan bijak pandai untuk memartabatkan Islam di tanah air. Agama Islam adalah sebuah agama yang syumul, maka ia harus diaplikasikan dalam skop yang luas. Maka di sini peranan kita selaku aset negara yang akan memartabatkan Islam melalui teknologi, sains, ekonomi, politik dan sosial.

Tidak cukup hanya bergantung harap pada Yang Di-Pertuan Agong untuk mendaulatkan Islam, ayuhlah menimba ilmu dan kepakaran untuk terus memartabatkan Islam di setiap juzuk kehidupan di Malaysia.

Jika raja adalah tiang seri negara, rakyatlah batu-bata yang melengkapkannya.

Daulat Tuanku.

Rujukan:

[1] A. Omar, “Titah DiRaja DYMM Raja Nazrin di Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia 2011”, Karim’s Blog, 2011. https://akarimomar.wordpress.com/…/titah-diraja-dymm-raja-…/.

[2] T. Rainer, “Hope for Dying Churches”, Facts & Trends, 2018. https://factsandtrends.net/20…/…/16/hope-for-dying-churches/.

Artikel

Istiqamah

Oleh: Hussni Zakir Sering kali apabila kita mendengar perkataan istiqamah kita terfikir konsep pengulangan sebuah amal. Ini sebenarnya sebuah tanggapan salah dan Insyaallah dalam artikel ini saya akan membawa perspektif

Baca selanjutnya »

Maulidur Rasul dan Hari Kiamat

Oleh: Nik Nurulhidayah Nik Zainal Alam Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan

Baca selanjutnya »

Aktiviti Komuniti

Ikuti Tauladan Rasulullah SAW

Purdue University, West Lafayette – Aktivis ISMA USC, Yusuf Yaacob telah menyampaikan khutbah di Masjid lokaliti bertajuk “Memilih Contoh Tauladan”.  Khatib membuka khutbah dengan mengingatkan tentang ayat 21 di dalam

Baca selanjutnya »

Kuliah Sirah Bulanan

? Mencari semangat di tengah-tengah semester? Ingin menelusuri kisah para nabi yang sabar dalam menempuh cabaran? Atau cuma perlukan waktu santai bersama kisah zaman nabi? ? Jom join Kuliah Sirah 30 min

Baca selanjutnya »

Kelas Tahsin Al-Quran

Biro Tarbiyyah ISMA USC dengan sukacitanya akan menganjurkan kelas tahsin al-Quran bagi mempertingkatkan pembacaan Al-Quran. Pendaftaran kelas ini terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di US dan Canada. Pengajian akan

Baca selanjutnya »