Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Buletin Ramadhan – Michigan State University

East Lansing- Aktiviti tadarus Al-Quran sempena Nuzul Quran dan iftar amal telah diadakan di Michigan State University. Sumbangan yang diterima daripada iftar amal tersebut telah disumbangkan terus ke tabung Bakul Kasih Ramadhan.

Pada 22 Mei yang lepas, ISMA US & Canada telah menganjurkan Iftar Amal & Quran Hour sempena malam Nuzul Quran di East Lansing, Michigan. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran selama sejam sempena #QuranHour. Peserta tilawah dibahagi kepada 5 kumpulan dan berjaya menghabiskan sebanyak 5 juz sepanjang majlis.

Majlis kemudian disusuli dengan buka puasa, solat berjemaah yang diimami Ketua Biro Tarbiyyah ISMA USC, Saudara Yusri Jamal, diikuti tazkirah daripada Imam Islamic Center of East Lansing, Imam Sohail Chaudhry yang bertajuk “Pemuda”. Imam Sohail berkongsi mengenai kepentingan menggunakan masa muda untuk menghayati dan menghafal al quran serta ilmu Islam disamping ilmu-ilmu keduniaan. Majlis ditutup dengan mengeratkan ukhuwwah pada sesi makan malam bersama semua tetamu yang hadir.

Antara objektif Iftar Amal dianjurkan adalah untuk mengumpul dana bagi program Bakul Kasih Ramadan yang dianjurkan Yayasan Ikhlas. Program tersebut mensasarkan kutipan bantuan kepada 4000 keluarga asnaf di Malaysia.

Daripada Aisyah r.a., beliau berkata: Bila masuk sepuluh malam terakhir Rasulullah s.a.w. akan menghidupkan malam, mengejutkan keluarganya dan mengikat ketat- ketat kainnya( tidak menyetubuhi para isterinya) – Riwayat Muslim

Diharapkan dengan masuknya fasa terakhir Ramadhan ini kita dapat melipat gandakan amalan kita untuk mengejar malam lailatul qadar.

Terkini, ISMA USC telah mengumpul sebanyak $812.75 (RM3,404.93) semenjak pelancaran kutipan pada minggu lepas. Kutipan akan ditutup secara rasminya pada malam ini (31 Mei) untuk disalurkan kepada Yayasan Ikhlas.

Artikel

Istiqamah

Oleh: Hussni Zakir Sering kali apabila kita mendengar perkataan istiqamah kita terfikir konsep pengulangan sebuah amal. Ini sebenarnya sebuah tanggapan salah dan Insyaallah dalam artikel ini saya akan membawa perspektif

Baca selanjutnya »

Maulidur Rasul dan Hari Kiamat

Oleh: Nik Nurulhidayah Nik Zainal Alam Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan

Baca selanjutnya »

Aktiviti Komuniti

Ikuti Tauladan Rasulullah SAW

Purdue University, West Lafayette – Aktivis ISMA USC, Yusuf Yaacob telah menyampaikan khutbah di Masjid lokaliti bertajuk “Memilih Contoh Tauladan”.  Khatib membuka khutbah dengan mengingatkan tentang ayat 21 di dalam

Baca selanjutnya »

Kuliah Sirah Bulanan

? Mencari semangat di tengah-tengah semester? Ingin menelusuri kisah para nabi yang sabar dalam menempuh cabaran? Atau cuma perlukan waktu santai bersama kisah zaman nabi? ? Jom join Kuliah Sirah 30 min

Baca selanjutnya »

Kelas Tahsin Al-Quran

Biro Tarbiyyah ISMA USC dengan sukacitanya akan menganjurkan kelas tahsin al-Quran bagi mempertingkatkan pembacaan Al-Quran. Pendaftaran kelas ini terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di US dan Canada. Pengajian akan

Baca selanjutnya »