Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Wanita dan Ramadan

Oleh: Wan Nur Khairunnisa Ismail

Bagi orang Mukmin, Ramadan adalah peluang untuk mereka beramal bersungguh-sungguh demi mencapai taqwa dan keredhaan Allah di samping memperoleh ganjaran yang berganda. Menjelang 10 ramadan terakhir, semakin rancaklah persediaan yang dibuat supaya hari-hari Ramadan mereka tidak berlalu dengan sia-sia. Tadarus al-Quran, solat terawih, dan qiammulail antara amalan yang dijadikan rutin terutama sekali bagi mereka yang memburu lailatul qadar.

Bagi golongan wanita, tidak semua yang berpeluang untuk melakukan ibadah seperti membaca al-Quran atau mendirikan solat apabila didatangi keuzuran. Maka hibalah hati yang merindukan amalan tersebut pada malam-malam terakhir. Namun, jangan terus merasa lemah semangat. Jangan hadkan definisi ibadah hanya kepada membaca al-Quran, mendirikan solat sunat, dan bertahajjud. Ambil peluang lain yang ada untuk melakukan ibadah yang turut menguntungkan. Bagi wanita yang uzur, boleh amalkan ini di sepanjang bulan Ramadan:

  • Zikir dan istighfar
  • Tadabbur dan mendengar bacaan al-Quran
  • Berdoa
  • Bersedekah
  • Menjaga anak-anak ketika ibunya melakukan solat terawih
  • Menghadiri majlis ilmu
  • Menjaga hati, lisan, dan pandangan daripada perkara-perkara yang melalaikan atau perkara-perkara yang haram

Contoh lain adalah seperti memasak untuk mereka yang berpuasa atau kepada jiran tetangga. Aktiviti memasak memang menjadi kegemaran wanita. Memasak untuk orang yang berpuasa pasti akan mendatangkan kegembiraan buat mereka, dan amalan ini turut mendatangkan ganjaran yang banyak buat individu yang ikhlas melakukannya. Rasulullah bersabda,

“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”

Selagi mana yang dikatakan sebagai amal soleh, tidak rugi untuk diamalkan sepanjang bulan Ramadan. Apa yang penting, burulah pengampunan Allah di bulan ini. Tumpukan kepada kualiti ibadah kita kepada Allah, dan bukanlah kepada jenisnya. Kerana Allah tidak melihat kepada jenis ibadah yang kita lakukan, tetapi Allah melihat kepada kesungguhan dan keikhlasan kita dalam menggapai redhaNya.

Allah berfirman,

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَهُم مَّغۡفِرَةٞ وَأَجۡرٌ عَظِيمٞ

Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, (bahawa) mereka akan mendapat ampunan dan pahala yang besar. Surah Al-Ma’idah, Ayat 9

Artikel

Istiqamah

Oleh: Hussni Zakir Sering kali apabila kita mendengar perkataan istiqamah kita terfikir konsep pengulangan sebuah amal. Ini sebenarnya sebuah tanggapan salah dan Insyaallah dalam artikel ini saya akan membawa perspektif

Baca selanjutnya »

Maulidur Rasul dan Hari Kiamat

Oleh: Nik Nurulhidayah Nik Zainal Alam Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan

Baca selanjutnya »

Aktiviti Komuniti

Ikuti Tauladan Rasulullah SAW

Purdue University, West Lafayette – Aktivis ISMA USC, Yusuf Yaacob telah menyampaikan khutbah di Masjid lokaliti bertajuk “Memilih Contoh Tauladan”.  Khatib membuka khutbah dengan mengingatkan tentang ayat 21 di dalam

Baca selanjutnya »

Kuliah Sirah Bulanan

? Mencari semangat di tengah-tengah semester? Ingin menelusuri kisah para nabi yang sabar dalam menempuh cabaran? Atau cuma perlukan waktu santai bersama kisah zaman nabi? ? Jom join Kuliah Sirah 30 min

Baca selanjutnya »

Kelas Tahsin Al-Quran

Biro Tarbiyyah ISMA USC dengan sukacitanya akan menganjurkan kelas tahsin al-Quran bagi mempertingkatkan pembacaan Al-Quran. Pendaftaran kelas ini terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di US dan Canada. Pengajian akan

Baca selanjutnya »