Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Visi Umat Islam

Oleh: Muhammad Nasif Fitri Zamaluddin

Kebangkitan ummah tidak boleh berlaku dengan keadaan individu-individu muslim mengikatkan diri dengan kemahuan peribadi (yang tidak menguntungkan agama) untuk dijadikan sebagai matlamat besar dalam kehidupan.

Ia memerlukan kepada langkah-langkah yang tersusun pada setiap peringkat masyarakat. Perkara ini memerlukan masa. Tambahan pula pada zaman bilangan manusia yang sangat banyak, dan wujudnya television dan gajet yang menarik perhatian manusia daripada realiti, ia mungkin memakan masa yang merentasi banyak generasi.

Keadaan di Palestin mungkin boleh dibantu dengan sumbangan-sumbangan kita, namun ia tidak akan berhenti selagi kuasa ketenteraan yang kuat tidak dimiliki umat Islam. Sejauh mana sahaja bicara dan perjanjian boleh membantu. Akhirnya, jika pihak sana mengangkat senjata dengan kesuluruhan kekuatan mereka , apa yang kita boleh buat? Memang benar Allah akan memelihara agama ini, dan telah banyak kali kita lihat dalam sirah kemenangan berpihak kepada muslimin walaupun bilangannya kurang , namun itu adalah pertolongan setelah usaha yang kuat dan persiapan yang rapi.

Lihat kembali sirah Nabi s.a.w. Setelah dakwah kepada Quraisy ditolak, Nabi s.a.w pergi ke khemah2 setiap qabilah ketika musim Haji untuk berdakwah kepada qabilah lain. Nabi berjumpa dengan setiap qabilah, namun yang didakwah terdahulu adalah qabilah yang terkuat.

Satu lagi contoh untuk kita lihat visi Rasulullah s.a.w ialah peristiwa pengembalian umat Islam yang berhijrah ke Habshah kembali ke Madinah. Rasulullah tidak memerintahkan mereka untuk kembali ketika tahun-tahun awal di Madinah, walaupun pada ketika itu perang-perang seperti Uhud memerlukan kekuatan. Antara hikmahnya ialah Habshah itu menjadi plan kedua sekiranya Madinah gagal dipertahankan.

Begitulah juga kita perlu lihat dengan situasi hari ini. Kita perlu bangunkan iman, akhlak dan juga ketamadunan, sehingga tahap mampu menyaingi mana-mana kuasa besar dunia.

Dalam kesibukan dan lelah hidup sebagai seorang pelajar, pekerja dan sebagainya, jangan kita lupa lelah lagi ummah di Palestin, Syria, Uighur, Rohingya, dan ingatlah matlamat sebenar sebagai seorang yang beriman dengan Allah dan Rasulullah. Akhirnya perkara ini perlu dibuat ikhlas kerana Allah.

Selamat beramal di separuh kedua Ramadhan.

Artikel

Istiqamah

Oleh: Hussni Zakir Sering kali apabila kita mendengar perkataan istiqamah kita terfikir konsep pengulangan sebuah amal. Ini sebenarnya sebuah tanggapan salah dan Insyaallah dalam artikel ini saya akan membawa perspektif

Baca selanjutnya »

Maulidur Rasul dan Hari Kiamat

Oleh: Nik Nurulhidayah Nik Zainal Alam Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan

Baca selanjutnya »

Aktiviti Komuniti

Ikuti Tauladan Rasulullah SAW

Purdue University, West Lafayette – Aktivis ISMA USC, Yusuf Yaacob telah menyampaikan khutbah di Masjid lokaliti bertajuk “Memilih Contoh Tauladan”.  Khatib membuka khutbah dengan mengingatkan tentang ayat 21 di dalam

Baca selanjutnya »

Kuliah Sirah Bulanan

? Mencari semangat di tengah-tengah semester? Ingin menelusuri kisah para nabi yang sabar dalam menempuh cabaran? Atau cuma perlukan waktu santai bersama kisah zaman nabi? ? Jom join Kuliah Sirah 30 min

Baca selanjutnya »

Kelas Tahsin Al-Quran

Biro Tarbiyyah ISMA USC dengan sukacitanya akan menganjurkan kelas tahsin al-Quran bagi mempertingkatkan pembacaan Al-Quran. Pendaftaran kelas ini terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di US dan Canada. Pengajian akan

Baca selanjutnya »