Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Syabas dan Mumtaz Untuk Ummat

1. Saudara Hilman Ramlan atas kejayaan beliau bergraduasi dalam Bachelor of Science in Mechanical Engineering dari Purdue University, Indiana. Saudara Hilman Ramlan yang merupakan mantan Pengerusi ISMA US Canada dan juga bekas AJK Purdue Malaysian Students Association (PUMSA) telah banyak menyumbang kepada pengurusan organisasi dan juga penganjuran program komuniti setempat mahupun di US.

2. Saudara Hussni Zakir atas kejayaan beliau bergraduasi dalam Bachelor of Science in Electrical Engineering dari Purdue University, Indiana. Saudara Hussni Zakir yang merupakan mantan Ketua Jabatan Setiausaha ISMA US Canada dan bekas Naib Presiden Purdue Malaysian Students Association (PUMSA) telah banyak menyumbang kepada kelancaran organisasi ISMA USC dan program komuniti di West Lafayette.

3. Saudara Muaz Mohd Norman atas kejayaan beliau bergraduasi dalam Bachelor of Arts in Economics dari Michigan State University, Michigan. Saudara Muaz Mohd Norman telah banyak menyumbang dalam seni kreativiti poster dan infografik sepanjang perkhidmatan beliau bersama Biro Media ISMA US Canada dan juga aktif terlibat dalam program komuniti setempat dan juga di US.

Pemimpin-pemimpin masa hadapan ini telah banyak menyumbang kepada ISMA USC dalam pelbagai aspek walaupun mereka sibuk dengan pelbagai tugasan dalam bidang akademik yang diambil. Sesungguhnya komitmen kalian amat dihargai. Pihak ISMA USC mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga kalian terus berjaya dalam kerjaya yang bakal ceburi dan amal di Malaysia kelak.

Artikel

Istiqamah

Oleh: Hussni Zakir Sering kali apabila kita mendengar perkataan istiqamah kita terfikir konsep pengulangan sebuah amal. Ini sebenarnya sebuah tanggapan salah dan Insyaallah dalam artikel ini saya akan membawa perspektif

Baca selanjutnya »

Maulidur Rasul dan Hari Kiamat

Oleh: Nik Nurulhidayah Nik Zainal Alam Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan

Baca selanjutnya »

Aktiviti Komuniti

Ikuti Tauladan Rasulullah SAW

Purdue University, West Lafayette – Aktivis ISMA USC, Yusuf Yaacob telah menyampaikan khutbah di Masjid lokaliti bertajuk “Memilih Contoh Tauladan”.  Khatib membuka khutbah dengan mengingatkan tentang ayat 21 di dalam

Baca selanjutnya »

Kuliah Sirah Bulanan

? Mencari semangat di tengah-tengah semester? Ingin menelusuri kisah para nabi yang sabar dalam menempuh cabaran? Atau cuma perlukan waktu santai bersama kisah zaman nabi? ? Jom join Kuliah Sirah 30 min

Baca selanjutnya »

Kelas Tahsin Al-Quran

Biro Tarbiyyah ISMA USC dengan sukacitanya akan menganjurkan kelas tahsin al-Quran bagi mempertingkatkan pembacaan Al-Quran. Pendaftaran kelas ini terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di US dan Canada. Pengajian akan

Baca selanjutnya »