Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Tidak Diajar Untuk Berputus Asa

Oleh: Nurhanis Mohd Isa

Seringkali kita merasa lelah dan berputus asa tatkala diuji dengan kegagalan. Namun, bukankah Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: “Sekalipun kiamat telah tiba, sementara di tangan salah seorang kamu terdapat biji benih, apabila kamu mampu untuk menanamnya, maka hendaklah ia menanamnya.” (Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)

Maka, jangan biarkan kegagalan menjadi batu penghalang untuk kita berjaya dan jangan pula merasa mustahil atau terlambat untuk berubah kerana kejayaan setiap individu terletak pada ketentuan Allah. “Kejarlah apa yang berguna untukmu, minta bantuan daripada Allah dan jangan lemah. Apabila ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: ‘Kalau begini, nescaya tidak akan berlaku; Akan tetapi katakanlah: ‘Ini takdir Allah; Sesungguhnya ‘kalau’ akan membuka pintu syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Ibn Rejab pernah berkata: “Nilai seseorang ditentukan oleh cita-citanya.” Kejayaan serta nilai hidup dicorakkan oleh diri sendiri. Justeru, latih diri untuk menjadi Muslim yang bercita besar dan berjiwa mapan. Usah malu atau lemah untuk mara kehadapan, biarlah cita-cita yang besar menjadi tembok yang utuh daripada sifat berputus asa.

Allah berfirman dalam Surah Qaf ayat 16: “Dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” Oleh itu, keyakinan diri untuk berjaya seharusnya wujud dalam diri setiap Muslim; tidak segan bertanya soalan dan mengajukan pendapat, mampu meneraju serta tidak gentar kepada persaingan. “Sesungguhnya Tuhanku sangat dekat (rahmatNya) lagi memperkenankan (doa hambaNya).” (Surah Hud [11:61]) Akhir kata, yakinlah bahawa “KITA MAMPU BERJAYA” 

SUMBER:
1) Tafsir Al-Quran
2) Majalah Solusi Isu No. 35 halaman 28

Artikel

Istiqamah

Oleh: Hussni Zakir Sering kali apabila kita mendengar perkataan istiqamah kita terfikir konsep pengulangan sebuah amal. Ini sebenarnya sebuah tanggapan salah dan Insyaallah dalam artikel ini saya akan membawa perspektif

Baca selanjutnya »

Maulidur Rasul dan Hari Kiamat

Oleh: Nik Nurulhidayah Nik Zainal Alam Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan

Baca selanjutnya »

Aktiviti Komuniti

Ikuti Tauladan Rasulullah SAW

Purdue University, West Lafayette – Aktivis ISMA USC, Yusuf Yaacob telah menyampaikan khutbah di Masjid lokaliti bertajuk “Memilih Contoh Tauladan”.  Khatib membuka khutbah dengan mengingatkan tentang ayat 21 di dalam

Baca selanjutnya »

Kuliah Sirah Bulanan

? Mencari semangat di tengah-tengah semester? Ingin menelusuri kisah para nabi yang sabar dalam menempuh cabaran? Atau cuma perlukan waktu santai bersama kisah zaman nabi? ? Jom join Kuliah Sirah 30 min

Baca selanjutnya »

Kelas Tahsin Al-Quran

Biro Tarbiyyah ISMA USC dengan sukacitanya akan menganjurkan kelas tahsin al-Quran bagi mempertingkatkan pembacaan Al-Quran. Pendaftaran kelas ini terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di US dan Canada. Pengajian akan

Baca selanjutnya »